top of page

PERATURAN-PERATURAN TASKA CAHAYA ARISSA
(Taman Asuhan Kanak-Kanak)

 


MAKSUD DISIPLIN

1. Kesanggupan ibubapa / penjaga anak-anak untuk menghormati dan mematuhi undang-undang di TASKA ini dengan kerelaan dirinya sendiri.

2. Anak-anak dapat membuat sesuatu kerja dengan tertib dan menghormati rakan-rakan yang lain.

3. Anak-anak dapat mengamalkan tingkah laku yang baik serta menghormati dan mempunyai semangat tolong menolong.
 



MATLAMAT DISPLIN

1. Untuk melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, rakan sebaya, keluarga di TASKA ini.

2. Untuk menanam dan memupuk sifat-sifat mulia dalam diri anak anak.

3. Untuk mewujudkan suasana tenteram dan teratur di TASKA ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

 

PENTINGNYA PERATURAN TASKA

1. Supaya anak-anak sentiasa mengamalkan disiplin sebagaimana yang diharapkan oleh guru-guru, ibubapa / penjaga, masyarakat dan agama.

2. Membiasakan dirinya mematuhi segala peraturan-peraturan yang baik dan berguna.

3. Peraturan TASKA ini adalah untuk kebaikan demi kejayaan anak-anak.
 

PERATURAN TASKA


A. PROGRAM TASKA

1. Pihak TASKA (pihak pengurusan) telah merancang perbagai program dan aktiviti untuk ,kanak-kanak dan ibubapa / penjaga sepanjang tahun ini. Penglibatan ibubapa / penjaga adalah amat penting di dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan demi bersama-sama membina kecemerlangan / kanak-kanak dan mencapai misi serta objektif aktiviti yang dianjurkan.

2. Maklumat lanjut tentang program dan aktiviti TASKA akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


B. WAKTU PENJAGAAN KANAK-KANAK / NURSERI

Waktu penjagaan kakak-kanak pada hari Isnin hingga Jumaat adalah bermula pada jam 7.00am hingga 7.00pm. Manakala waktu penjagaan pada hari Sabtu adalah bermula jam 7.00am hingga 2.00pm.

Tiada penjagaan pada hari Ahad, dan hari Cuti Am yang digazetkan oleh kerajaan persekutuan.


 

C. YURAN PEMBELAJARAN PENJAGAAN NURSERI

1. Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan yang ditetapkan kini adalah sah sehingga 31hb Disember 2015 sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan berhak membuat perubahan kadar bayarannya mengikut kesesuaian yang difikirkan perlu .

2. Semua yuran pendaftaran, tahunan dan yuran bulanan hendaklah dibayar secara teratur seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Dimana, ibubapa / penjaga hendaklah menjelaskan yuran bulanan sebelum 5hb pada bulan tersebut. Contoh: Yuran Bulan Januari, hendaklah dibayar sebelum 5hb Januari 2015 dan bukannya pada 31hb Januari 2015 atau pada 7hb Februari 2015.

3. Yuran bulanan bagi TASKA / penjagaan nurseri adalah selama 12 bulan iaitu Januari hingga Disember.


4. Yuran bulanan untuk penjagaan nurseri hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran kanak-kanak tidak penuh pada bulan tersebut.

5. Resit bayaran hendaklah diterima dan disimpan oleh ibubapa / penjaga sebagai bukti bayaran. Sila pastikan ibubapa / penjaga menerima resit rasmi TASKA kami untuk setiap bayaran yang dibuat.


D. BAYARAN LEBIH MASA TASKA

Bagi penjagaan nurseri, ibubapa / penjaga perlu membuat bayaran lebih masa sebanyak RM5.00 sejam sekiranya kanak-kanak diambil selepas waktu penjagaan nurseri, yang ditetapkan.

Contohnya: Ayah Arissa mengambil
Arissa pada jam 7.40pm pada hari Isnin. Ayah Arissa
dikehendaki membuat bayaran lebih masa sebanyak
RM5.00 kepada pihak TASKA.


 

E. PERALATAN / KANAK-KANAK

1. Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barang kemas atau barang-barang berharga yang lain di TASKA. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang kemas atau barang yang berharga itu hilang sepanjang mereka berada di TASKA.

2. Semua pakaian atau peralatan kanak-kanak hendaklah ditulis nama atau diletak tanda nama pada pakaian dan peralatan tersebut bagi mengelakkan pertukaran dengan
kanak-kanak lain.

3. Sekiranya ada pakaian atau peralatan kanak-kanak yang tertinggal di TASKA, ibubapa dinasihatkan membuat pertanyaan segera kepada pihak pengurusan kerana pakaian atau peralatan yang tidak dituntut / tidak diambil selepas 3 bulan akan dilupuskan oleh pihak pengurusan.

4. Peralatan kanak-kanak seperti berus gigi, sabun mandi, tuala dan pakaian hendaklah dibawa oleh ibubapa /penjaga. Semua pakaian atau peralatan hendaklah ditulis nama atau diletak tanda nama pada pakaian dan peralatan tersebut bagi mengelakkan pertukaran dengan kanak kanak lain.


F. LAWATAN IBUBAPA KE TASKA

Ibubapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu sekiranya ingin melawat kanak-kanak ketika mereka berada di TASKA. Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN memasuki premis TASKA tanpa kebenaran pihak pengurusan terlebih dahulu. Ini adalah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak lain, tidak mengganggu tugas pengasuh dan aktiviti harian TASKA.


G. KESIHATAN

1. Ibubapa / penjaga kanak-kanak hendaklah memastikan bahawa / kanak-kanak dalam keadaaan sihat ketika hadir ke TASKA.

2. Kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit seperti demam campak, sakit mata, gegatal, TIDAK DIBENARKAN hadir ke TASKA bagi mengelakkan daripada dijangkiti olehkanak-kanak lain.

3. kanak-kanak yang mengalami deman ringan, selsema dan sakit ringan yang tidak berjangkit TIDAK DIGALAKKAN hadir ke TASKA.


4. Pihak pengurusan TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan untuk memberi ubat kepada kanak-kanak sekiranya diarah berbuat demikian oleh ibubapa / penjaga. Ini adalah bagi mengelakkan kesilapan memberi ubat.


H. PAKAIAN


Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian bersih dan kemas seperti yang telah ditetapkan oleh pihak TASKA.



I. PENGANGKUTAN / BAS SEKOLAH

1. Ibubapa / penjaga yang memerlukan pengangkutan untuk kanak-kanak boleh berhubung terus dengan pihak berkenaan dan hendaklah memaklumkan kepada pihak
pengurusan, syarikat bas dan orang yang dibenar untuk megambil kanak-kanak tersebut.

2. Segala bayaran dan urusan perkhidmatan pengangkutan adalah diluar tanggungjawab pihak pengurusan. Ibubapa / penjaga diminta berhubung sendiri dengan syarikat bas tersebut sekiranya ada sebarang pertanyaan.



J. TATATERTIB DAN KESOPANAN

1. Kanak-kanak dilarang memakai barang kemas atau barang berharga. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang kemas atau barang berharga tersebut hilang di TASKA.

2. Kanak-kanak dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang merbahaya ke TASKA.

3. Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan TASKA TIDAK DIBENARKAN dibawa pulang oleh kanak-kanak tanpa kebenaran terlebih dahulu.
4. Untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak tidak terganggu, Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN berada di TASKA ini semasa sesi pembelajaran dijalankan tanpa
mendapat keizinan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.

5. DILARANG masuk ke dalam pejabat tanpa kebenaran penyelia terlebih dahulu.


K. INSURAN KEMALANGAN

1. Semua kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas diwajibkan mengambil Takaful Perlindungan Kemalangan yang disediakan oleh pihak pengurusan .

2. Ibubapa / penjaga kanak-kanak hendaklah menyerahkan salinan fotostat surat beranak kanak-kanak sebelum 31hb Februari 2015 kepada pihak pengurusan untuk
membolehkan pihak pengurusan membuat pendaftaran Takaful secepat mungkin.


L. KESELAMATAN JALAN RAYA

1. Pihak TASKA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kemalangan dan kecederaan anak-anak di luar kawasan TASKA.


M. LAIN-LAIN

1. Pihak pengurusan berhak dan berkuasa memberhentikan atau menggantung kanak-kanak sekiranya didapati kanak-kanak atau ibubapa / penjaga gagal dan/atau
TIDAK MEMATUHI peraturan-peraturan TASKA.

2. Ibubapa / penjaga bertanggungjawab membayar kerosakan harta benda TASKA sekiranya kerosakan tersebut disebabkan oleh anak-anak mereka.

3. Pihak pengurusan berhak menggubal, menambah dan memperbaharui peraturan-peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada
ibubapa / penjaga perubahan tersebut melalui Surat Pekeliling.
 

 

N. CADANGAN DAN ADUAN

1. Pihak pengurusan mengalu-alukan sebarang cadangan yang membina dari para ibubapa / penjaga bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan TASKA kami.

2. Sekiranya terdapat sebarang aduan atau kemusykilan, ibu/ bapa /penjaga hendaklah menelefon atau berhubung terus dengan pihak pengurusan TASKA ini seperti berikut Hp: 013-6162507/ Puan Sabaidah Sanimen / Email: taskacahayaarissa@gmail.com

 

bottom of page